fbpx

Warga emas jual donut tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap lagar hantaran perkongsian Amir Hussainy di laman TikTok.

PETALING JAYA – Berderai air mata apabila melihat video tular seorang warga emas hidup sebatang kara yang gigih menjual donut di kawasan lampu isyarat di Limbat, Kota Bharu.

Hantaran itu dikongsi Amir Hussainy di akaun TikToknya dengan harapan meminta orang ramai yang memandu di kawasan itu membeli kuih tersebut.

Menerusi rakaman video tular itu, warga emas tersebut berjalan menghampiri sebuah kereta ke sebuah kereta lain yang berhenti di lampu isyarat.

“Sejujurnya, air mata ini mengalir. Tanpa kita sedar, besar pengorbanan orang tua kita. Hanya doa yang mampu saya titipkan untuk makcik,” ujar sumber dalam video.

Tambahnya, dia semakin sedih apabila wanita warga emas itu mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga apabila dia sempat berkongsi rezeki dengan wanita tersebut.

“Makcik ini orang kampung saya. Memang anak dia sudah meninggal. Dahulu makcik ini buat kerja mengurut orang,” kata seorang pengguna.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan pelanggan memuji keenakan kuih yang dijual dan mendoakan kesejahteraan warga emas berkenaan.

“Ini dekat dengan rumah saya. Donut makcik memang sedap. Kalau saya berhenti kawasan situ mesti beli dan makcik ni pun sangat peramah. Semoga sihat selalu,” kata Aqxez.

Setakat hari ini, video tersebut meraih tontonan sebanyak 1.4 juta penonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI