fbpx

Wanita terkejut terima durian tanpa duri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen menyifatkan buah durian tersebut kelihatan seperti buah sukun. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perkongsian seorang wanita yang menerima beberapa biji buah durian daripada ibu bapanya di kampung dengan keadaan duri sudah dipotong, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, wanita berkenaan menunjukkan dia menerima seguni  buah durian tanpa duri daripada ibu bapanya.

“Ibu bapa saya mengirim satu guni buah durian dari kampung yang durinya sudah dibuang. Terkejut saya ketika membukanya,” kata wanita tersebut dalam keterangan video yang dikongsikan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah keadaan raja buah itu yang menurut netizen, ia kelihatan menyerupai buah sukun atau nangka muda.

“Itu bukan durian, itu sukun,” kata seorang netizen.

“Ibu bapanya bersusah payah membuang duri pada durian tetapi ia kelihatan seperti (buah) sukun,” kata netizen lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI