fbpx

Kompaun parkir MBKT naik 100 peratus mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menaikkan kadar kompaun kesalahan meletak kenderaan di bandar raya ini sehingga 100 peratus berkuatkuasa esok.

Berdasarkan notis dikeluarkan MBKT, kadar kompaun bagi kesalahan itu yang sebelum ini cuma RM5 jika diselesaikan dalam tempoh tujuh hari akan dinaikkan kepada RM10.

Kadar yang perlu dibayar itu bakal meningkat kepada RM20 sekiranya pemilik kenderaan berkenaan hanya melunaskan kompaun berkenaan dalam tempoh antara tujuh dan 14 hari.

Sebelum ini, individu yang dikompaun atas kesalahan terbabit yang melakukan penyelesaian dalam tempoh sama hanya perlu membayar RM10.

Begitupun, kadar bagi kompaun yang dibayar lewat melebihi dua minggu pula kekal RM40.

Jurucakap MBKT menjelaskan, kadar baharu tersebut hanya dikenakan bagi pengeluaran kompaun bagi kesalahan meletak kenderaan di seluruh bandar raya ini mulai 15 November.

Katanya, kadar lama masih dikekalkan terhadap tunggakan kompaun bagi kesalahan sama yang dikenakan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI