fbpx

Pertumbuhan ekonomi suku ketiga bakal naik lebih 3%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) bakal mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga,  Jumaat ini.

Statistik mengenai perkembangan ekonomi negara bagi suku tersebut akan diumumkan oleh Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour di Sasana Kijang, bank pusat, Kuala Lumpur. 

Menurut Bank Islam dalam nota kajiannya, KDNK negara dijangka berkembang kepada 3.2 peratus kembali mengukuh ketika  berdepan dengan cabaran luar bagi suku kedua.

Berbanding  suku kedua, pertumbuhan ekonomi negara pada suku kedua adalah pada 2.9 peratus manakala pada suku pertama ia berkembang sederhana pada kadar 5.6 peratus didorong terutamanya oleh permintaan dalam negeri.

Selain itu, bagi suku keempat 2023, Bank Islam menjangkakan KDNK berkembang pada pertengahan dua peratus tahun ke tahun berikutan naratif kadar faedah yang lebih tinggi dalam jangka masa yang lama oleh bank-bank pusat utama dan permintaan global yang lembap sekali gus, mengheret eksport ke arah aliran negatif yang lebih lama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI