fbpx

Keguguran, momen gelap Megan Fox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEGAN FOX

PELAKON Megan Fox berkongsi rasa sedih apabila mendedahkan pernah kehilangan bayi dalam kandungan selepas keguguran pada tahun lalu.

Menerusi luahan yang dikongsikan dalam bukunya berjudul Pretty Boys Are Poisonous, pelakon berusia 37 tahun itu mengakui berasa amat sedih apabila keguguran ketika usia kandungannya mencecah 10 minggu.

“Ketika diberitahu kandungan saya telah tiada, dunia saya rasakan gelap gelita.

“Saya berasa sangat sedih dan sukar untuk menerima kehilangannya.

“Ketika itu, saya sanggup melakukan apa sahaja, asalkan bayi tersebut dapat dikembalikan semula,” ujar tunang kepada penyanyi rap, Machine Gun Kelly itu.

Tambah Fox, keguguran yang dialami menjadi perkara terburuk yang pernah terjadi dalam hidupnya, walaupun dia sudah pun mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya terdahulu.

Megan sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Brian Austin Green dan dikurniakan tiga anak iaitu Noah Shannon Green, 10, Bodhi Ransom Green, 9, dan Journey River Green, 6.

Sementara MGK pula mempunyai seorang anak perempuan iaitu Casie Colson Baker, 14, hasil perkahwinan bersama Emma Cannon.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI