fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Baru jalani pembedahan, kena selamatkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita kehilangan kaki kanan menyelamatkan diri selepas ancaman bom Zionis Israel.

PETALING JAYA – Baru menjalani pembedahan di hospital, namun terpaksa pula menyelamatkan diri dengan berkerusi roda antara situasi dihadapi salah seorang rakyat Palestin susulan ancaman pengeboman rejim Zionis Israel.

Menerusi video dimuat naik seorang jurugambar bebas Palestin, Belal Khaled pada Instagram, wanita itu perlu dipindahkan dari Hospital Al-Shifa selepas ancaman bom oleh Zionis Israel di tempat tersebut.

Wanita itu juga kehilangan kaki kanan dan ditolak menggunakan kerusi roda oleh seorang lelaki ke lokasi lain.

“Dia menjalani pembedahan semalam dan hari ini, dipindahkan dari Hospital Al-Shifa selepas tentera penindas memberi ancaman bom,” katanya dalam hantaran video malam tadi.

Sementara itu, pengguna media sosial ramai yang bersimpati selain marah terhadap tindakan kejam Zionis Israel yang menyasarkan hospital serta orang awam dalam siri serangan mereka.

“Dia tiada kaki dan telah dipotong. Dia berada dalam penderitaan yang melampau. Di manakah kemanusiaan?,” kata pengguna Instagram itsgivinmariamtalks.

“Krisis kemanusiaan yang paling teruk pernah kita lihat. Kita tengok secara realiti. Jadi kita tak boleh berhenti membantah, memboikot dan berjuang kerana siapa lagi seterusnya. Mereka beri lampu hijau untuk berlaku pembunuhan kepada sesiapa sahaja. Ini memang tidak boleh diterima,” komen Akilah Murib Coleman.

“Saya ingatkan Zionis ini ambil berat berkenaan hak asasi wanita, tapi apa yang saya lihat berbeza pula,” kata Malak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI