fbpx
NIZARRUDDIN bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar praperlawanan final Piala MFL antara TFC II menentang JDT II di Stadium Bola Sepak Kuala Lmpur, Cheras malam ini.

Skuad JDT II mahu ikut jejak senior Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KELAB feeder, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) berharap dapat mengikuti jejak langkah pasukan senior JDT dalam usaha menjulang trofi kejuaraan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) buat kali pertama pada aksi final malam ini.

Skuad muda Harimau Selatan dijadualkan menentang satu lagi pasukan feeder, Terengganu FC II (TFC II) dalam menentukan kelab mana yang memiliki pemain berbakat terbaik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras nanti.

Kapten pasukan JDT II, Nizarrudin Jamil mengakui rekod pasukan ketika bertemu skuad junior Sang Penyu sepanjang tahun ini tidak begitu baik, bagaimanapun itu bukanlah alasan untuk mereka tidak mampu melakar kejayaan.

Kata Nizarrudin, barisan pemain sudah diterapkan menta­liti kemenangan agar dapat memastikan kesinambungan serta legasi JDT dapat diteruskan dengan menjulang trofi kejuaraan.

“Kita telah tetapkan mindset kerana bila pasukan senior boleh julang trofi, kenapa kita tidak boleh dan barisan pemain cukup bersemangat untuk membuat yang terbaik bagi memastikan trofi ini dapat dibawa ke Johor.

“Namun, harus diakui TFC II adalah pasukan yang kuat dan rekod kita menentang mereka juga tidak begitu baik. Cuma, aksi final apa sahaja boleh berlaku dan saya pasti pasukan dapat berikan yang terbaik nanti,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Sementara itu, pengendali JDT II, Mariano Echeverria optimis pasukan dapat mempamerkan aksi berkualiti pada aksi final nanti selepas semua pemain utama bebas daripada sebarang kecederaan.

“Sebahagian besar pemain kami telah menjuarai Liga Premier tahun lalu dan kami cukup yakin. Malah, tiada sebarang kecederaan dalam kalangan pemain juga membolehkan kami buat persiapan terbaik nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN