fbpx

Konsert BMTH dihentikan selepas 11 lagu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT BMTH dihentikan kerana masalah pentas di Ancol semalam. - Foto Rolling Stone

JAKARTA – Konsert band rock Britain, Bring Me The Horizon (BMTH) yang diadakan di Stadium Antarabangsa Beach City, Ancol, Jakarta Utara terpaksa dihentikan semalam, lapor portal berita CNBC.

Syarikat Ravel Entertainment yang menjadi promoter konsert itu membuat pengumuman tersebut di atas pentas stadium berkenaan.

Hal tersebut dikatakan Ravel di atas panggung, sambil mengutarakan permintaan maafnya kepada penonton.

“Saya mohon maaf. Saya tidak kisah jika anda mahu memaki saya. Saya sudah meyakinkan band itu (tetapi tidak berjaya),” kata wakil syarikat tersebut.

Sebelum dihentikan, BMTH sudah membawakan 11 buah lagu.

Namun, sekitar jam 20.16 malam ( waktu tempatan), wakil pihak promotor naik ke atas pentas dan meminta penonton berehat sekejap.

“Teman-teman kita berehat sebentar. Biar BMTH dan anda berehat dahulu,” ujar wakil promoter itu.

Bagaimanapun, setelah menunggu 30 minit, konsert tersebut tidak diteruskan.

Pihak promoter itu kemudian menjelaskan terdapat masalah pada pentas yang menyebabkan konsert itu terpaksa ditangguhkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI