fbpx

HPPNK beri pendedahan kepada peladang, penternak dan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad berucap di HPPNK 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) menjadi platform perantara bagi golongan peladang, penternak dan nelayan mendapatkan pendedahan baharu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program dwi tahunan itu juga berupaya mengembangkan jaringan kerjasama golongan tersebut selain membuka peluang strategik kepada potensi perniagaan.

“Menelusuri detik bersejarah, Sambutan Hari Peladang pertama diadakan pada 6 Ogos 1975 di pekarangan Bangunan Parlimen dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussin.

“Sambutan ini diadakan khusus bagi memupuk semangat sertamemperbaharui azam para peladang untuk berusaha dengan lebih giat bagi menambah pendapatan demi kebahagiaan keluarga dan masyarakat serta kemakmuran negara,” katanya ketika berucap pada sambutan HPPNK 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, walaupun suasana telah jauh berubah, namun tradisi menghargai golongan itu tetap teruskan dan sehingga kini, sebanyak 48 program HPPNK telah dijalankan.

“Perjuangan dan semangat serta sumbangan yang telah wujud sejak dahulu akan terus dikenang dan kekal sampai bila-bila. Malah, iltizam Kerajaan Perpaduan adalahuntuk menghargai jasa dan sumbanganpeladang, peternak dan nelayan di negara ini.

“Sesungguhnya, mereka semua adalah wira negara yang sentiasa berusaha untuk memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin,” katanya.

Sementara itu, berucap berkaitan sambutan HPPNK tahu ini, beliau berkata, ‘Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan’ telah dipilih sebagai tema bagi HPPNK 2023.

Katanya, ini bertepatan dengan aspirasi sambutan yang memberi tumpuan kepada aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi sektor pertanian yang selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

“Konsep baharu HPPNK 2023 memberikandaya tarikan khusus untuk golongan muda dengan memberi penekanan kepadaempat fokus utama iaitu Agro Millenia, Agro Teknologi dan Inovasi, Sejahtera Madani dan Agro Madani,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI