fbpx

Azroy yakin tembus kelompok 15 jika cuaca hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUMBA negara, Azroy Hakeem Anuar ketika bersaing dalam kelas Moto2 di Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

SEPANG – Biarpun tidak mempunyai pengalaman yang banyak di atas jentera Moto2, pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar mengakui dia semakin mendapat rentak dengan baik selepas berjaya memperbaiki catatan pada sesi kelayakan pada Grand Prix (GP) Malaysia hari ini.

Pelumba Petronas MIE Racing RW tersebut berjaya menamatkan saingan tempat ke-29 terpantas dengan catatan dua minit 08.183 saat (s) sekali gus perbaiki catatan yang dilakukannya pada tahun lalu, 2:08.738s.

Justeru, Azroy yang kini bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) berharap dia mampu mempertingkatkan tunggangannya bagi mencerahkan peluang untuk menembus kelompok 25 terbaik.

“Bagi saya untuk berjuang bagi mendapatkan mata agak sukar kerana ia memang jauh tetapi untuk berada dalam kelompok 25 terbaik tidak mustahil.

PELUMBA negara, Azroy Hakeem Anuar ketika bersaing dalam kelas Moto2 di Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

“Apa yang penting saya dapat tingkatkan prestasi saya di sini sedikit demi sedikit pun cukup baik. Perlumbaan juga panjang dan segala mampu terjadi.

“Jika saya ada peluang untuk tembus kelompok 15 terbaik saya akan cuba. Tetapi jika cuaca hujan saya yakin keputusan mungkin akan berubah atau saya mampu berusaha untuk kutip mata di tempat ke-15. 

“Ketika ini jentera juga senang untuk dibawa tetapi untuk mendapatkan catatan terbaik 0.400 saat pun sangat sukar tetapi ia akan ambil masa sedikit lah,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlumbaan di sini hari ini. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI