fbpx

Jadi jutawan jual daun ketapang kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZULARIFFIN menunjukkan daun ketapang kering yang menjadi sumber pendapatan tambahannya di Batu Pahat baru-baru ini.

BATU PAHAT – Kegigihan menjual daun ketapang kering di platform e-dagang sejak 10 tahun lalu membolehkan Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Mohd Zulariffin Md. Maarof mempu­nyai simpanan sehingga RM1 juta ketika berusia 29 tahun.

Menurutnya, ketika mula menjual daun itu, dia hanya bermodalkan RM8 untuk kos penghantaran, selain mengutip daun ketapang kering di atas jalan dan menjualnya menerusi aplikasi dalam talian eBay pada harga AS$1 untuk setiap helai daun tersebut.

Itu yang dilakukannya 10 tahun lalu apabila berdepan kesempitan hidup ketika bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

“Tiada siapa menyangka daun ketapang kering yang banyak di universiti itu bernilai dengan harga sekitar RM3.50 sehelai pada ketika itu.

“Apa yang perlu dilakukan hanya dengan membuang sedikit kekotoran, ambil gambar dan muat naik dalam aplikasi e-Bay bagi membolehkan pembeli dari Texas, Amerika Syarikat membuat tempahan,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, jualannya mendapat sambutan membolehkannya mempunyai cukup modal melebarkan sayap perniagaan dengan menjual barang permainan dari China melalui aplikasi jualan sama.

“Walaupun bergelar Pensyarah Kanan di UTHM, penjualan daun ketapang diteruskan.

“Malah peluang mencari sumber pendapatan tambahan ini turut disebar ­dengan berkongsi ilmu perniagaan dengan mahasiswa,” ujarnya.

Menurutnya, sehingga kini 15,985 usahawan eBay di seluruh negara berjaya dibimbing­.

Difahamkan daun ketapang mempunyai nilai komersil dari sudut perubatan apabila dipercayai mampu melawan kanser, penyakit hati, diabetis, radang sendi, sakit perut, selain mengurangkan risiko penyakit kronik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI