fbpx

Guru wajib panggil nama pilihan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMAJA-remaja menghantar tiga rang undang-undang untuk dipertimbangkan wakil-wakil rakyat di Colorado untuk kelulusan pada tahun depan. - Foto The Denver Post/Getty Images

WASHINGTON  –  Kakitangan sekolah akan dikehendaki memanggil pelajar di negeri Colorado, dengan nama pilihan mereka di bawah satu rang undang-undang (RUU) baharu, lapor portal berita Fox News semalam.

Rang undang-undang itu dikemukakan oleh Majlis Penasihat Belia Negeri, bulan lalu. Apabila  diluluskan pada tahun hadapan, keengganan berbuat demikian dianggap satu bentuk diskriminasi terhadap pelajar.

“Memberi pelajar tempat seperti sekolah di mana mereka boleh hidup sebagai diri mereka sendiri. Saya fikir ia sangat penting,” kata seorang remaja,  Meghan Taylor kepada portal berita Colorado Newsline.

Pelajar-pelajar daripada  Majlis Penasihat Belia Colorado (COYAC) mengundi pada akhir Oktober lalu untuk menghantar tiga RUU mengenainya kepada Majlis Perundangan Negeri.

Dua daripada tiga RUU tersebut melibatkan identiti jantina dan yang ketiga memfokuskan pada peningkatan akses kepada sokongan kesihatan mental.

RUU pertukaran nama mewajibkan sekolah menggunakan nama pilihan pelajar di dalam kelas, aktiviti kokurikulum, buku tahunan, kad pengenalan pelajar dan banyak lagi tanpa memerlukan nama sebenar atau pertukaran jantina.

Pihak COYAC berhujah bahawa penggunaan nama sebenar pelajar dalam kelas dan sekolah mengundang penghinaan dalam kalangan remaja Colorado. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI