fbpx

Cuti tanpa rekod kepada pegawai perkhidmatan awam beragama Hindu di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod sempena perayaan Hari Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan beragama Hindu yang berkhidmat di Sarawak.

Dalam satu surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ia susulan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju memberikan cuti tanpa rekod sempena perayaan berkenaan kepada pegawai perkhidmatan awam negeri itu yang beragama Hindu melalui Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak Bilangan 26 tahun 2023 bertarikh semalam.

Surat berkenaan yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed memaklumkan, sekiranya Deepavali jatuh pada hari bekerja, pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod pada hari tersebut.

Katanya, jika hari perayaan itu jatuh pada hari Ahad maka pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod pada hari bekerja berikutnya.

“Mengambil kira Deepavali tahun ini jatuh pada Ahad 12 November, maka pegawai Hindu boleh memohon cuti tanpa rekod pada Isnin (13 November) bagi menyambut Deepavali.

“Cuti tanpa rekod Deepavali bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan beragama Hindu yang berkhidmat di Sarawak berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan (9 November 2023),” katanya memetik surat berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan keluhan seorang doktor berketurunan India yang bertugas di Sarawak mempersoalkan sikap dwistandard kerajaan dan layanan berbeza terhadap penjawat awam dalam pemberian cuti umum.

Ia berikutan keputusan kerajaan memberikan cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 November (Isnin) dibawa ke 14 November (Selasa) bagi pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu di negeri-negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI