fbpx

Tunggu untung RM15,000 tapi kena tipu RM585,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JASIN – Seorang wanita tidak menyangka harapan untuk mendapatkan keuntungan pelaburan sebanyak RM15,000 sehingga sanggup menggunakan wang simpanan Tabung Haji, Amanah Simpanan Bumiputera serta menggadaikan barang kemasnya, musnah selepas diperdaya scammer.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 52 tahun dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai perunding pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui WhatsApp, 5 Oktober lalu.

“Suspek telah memberi penerangan mengenai skim pelaburan itu dan mendakwa boleh membawa pulangan keuntungan sebanyak RM15,467 dalam tempoh tiga hingga enam jam dengan modal serendah RM300.

“Mangsa yang bekerja sebagai kerani bank kemudian bersetuju membuat transaksi RM300 ke dalam satu akaun milik seorang lelaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa yang menyangkakan telah memulakan pelaburan di bawah MIDA kemudian melakukan 64 transaksi pemindahan wang ke dalam 31 pemilik akaun berbeza melibatkan jumlah keseluruhan RM585,400.

“Tindakan itu dilakukan tanpa pengetahuan suami serta anaknya dan mangsa hanya menyedari ditipu pada 27 Oktober lalu apabila dihubungi sebuah syarikat telekomunikasi meminta bayaran pendahuluan telefon bimbit berjumlah RM10,000 bagi tujuan pelaburan itu,” katanya.

Ahmad Jamil berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin pada Selasa lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI