fbpx
RONALDO meledak 35 gol daripada 41 perlawanan bersama Al-Nassr sejak Januari lalu.

Ronaldo masih berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CRISTIANO Ronaldo ketika membuat keputusan meninggalkan bola sepak Eropah dan memilih untuk ke Arab Saudi pada Januari lalu membuatkan ramai pemerhati menjangkakan dia cuba untuk mencari destinasi karier untuk settle down sebelum mengumumkan persaraan.

Bagaimanapun, jangkaan tersebut hampir meleset apabila kapten Portugal itu belum menunjukkan tanda-tanda penurunan prestasi sehingga kini, sebaliknya ketajamannya merobek gawang lawan dilihat semakin efektif dengan meledak 35 gol daripada 41 perlawanan bersama Al-Nassr sejak Januari.

Prestasi dipamerkan itu menyebabkan Presiden Porto FC, Jorge Nuno Pinto da Costa percaya dan mencabar pemain berusia 38 tahun itu untuk terus beraksi sehingga berjaya mengumpul 1,000 gol dalam kariernya sebelum mempertimbangkan untuk bersara ketika dia kini sudah memiliki koleksi 857 gol dalam 1,187 aksi setakat ini.

Statistik berkenaan menunjukkan Ronaldo memiliki purata jaringan sekitar 0.72 setiap perlawanan dan memerlukan 198 perlawanan untuk melengkapkan 143 lagi gol bagi mencapai jumlah 1,000 gol dan perlu beraksi sehingga usia 42 tahun untuk menyempurnakan misi tersebut.

Namun, prestasi musim ini dilihat cukup luar biasa buat Ronaldo apabila dia sudah menjaringkan 15 gol dalam 16 penampilan dan jika prestasi sebegitu terus kekal, dia hanya memerlukan 143 perlawanan untuk mencukupkan jumlah 1,000 gol, sekali gus bermakna dia hanya perlu beraksi sehingga Ogos 2026 kira-kira enam bulan sebelum menginjak ke usia 41 tahun.

Ronaldo juga sudah pun berjaya dinobatkan sebagai pemain yang melakukan jaringan terbanyak ketika usia karier melepasi 30 tahun dengan mengumpul 400 mengatasi Wayne Rooney, Didier Drogba dan Andriy Shevchenko.

Dia juga memegang status penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa bersama Portugal dengan 127 gol mengatasi Ali Daie (108) yang sudah bersara, manakala pencabar terdekat iaitu seteru utamanya, Lionel Messi yang mengumpul 106 gol.

Selain rekod jaringan yang memukau, Ronaldo juga berjaya menarik perhatian ramai mengenai cara dia menjaga tahap kecergasan dan tubuh badannya untuk kekal kompetitif bersaing dengan pemain-pemain yang lebih muda.

Kajian sebelum ini mendapati, Ronaldo memiliki komposisi badan seperti seorang atlet berusia 14 tahun dengan hanya tujuh peratus lemak dan 50 peratus jisim otot.

Ronaldo sangat menitikberatkan aspek pemakanan apabila mengambil enam sajian mini setiap hari berbanding tiga kali secara tradisional, malah avocado, ikan segar, ayam, salad, quinoa dan buah-buahan segar menjadi hidangan wajib dalam setiap sajian hariannya untuk mengekalkan kecergasan.

Seorang rakan sepasukannya dalam skuad Portugal pernah mendedahkan bahawa hidangan kegemaran bintang itu adalah Bacalhau a Bras iaitu sajian tradisional Portugis melibatkan kombinasi telur hancur, kentang goreng dan ikan tongkol masin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN