fbpx
Ramai ibu bapa terpaksa meninggalkan anak mereka di rumah tanpa pengawasan demi keluar mencari rezeki. – GAMBAR HIASAN

Tak mampu bayar pengasuh, anak jaga diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – ‘Siapa yang tidak sayangkan anak, tetapi saya tak mampu upah pengasuh’.

Itu pengakuan seorang ibu tunggal di sini yang terpaksa meninggalkan dua anaknya yang berusia tujuh dan lapan tahun setiap kali keluar bekerja sebagai operator kilang.

Wanita dikenali sebagai Ira, 36, itu berkata, keputusan itu dibuat demi memastikan dia mampu menyara dua anaknya itu selepas berpisah dengan suami sejak le­bih lima tahun lalu.

“Sebelum ini saya tidak ­be­ke­rja dan hanya bergantung kepada pendapatan bekas suami untuk menyara kami sekeluarga termasuk anak sulung lelaki ber­usia 12 tahun yang kini tinggal bersama neneknya.

“Namun kini, saya perlu keluar untuk bekerja demi mereka. Untuk membayar upah pengasuh sebanyak RM300 seorang, saya memang tidak mampu,” katanya di sini baru-baru ini.

Ira berkata, sebelum ini dia pernah menghantar ketiga-tiga anaknya yang ketika itu masih kecil untuk dijaga oleh kakaknya semasa dia keluar bekerja.

“Disebabkan terpaksa berdepan kesukaran berulang-alik setiap hari dari rumah ke rumah kakak sejauh lebih 10 kilometer, selepas dua bulan saya ambil keputusan untuk tinggalkan mereka di rumah.

“Tambahan pula, gaji yang saya peroleh ketika itu hanyalah RM1,000 sebulan dan memang tidak cukup untu memberi wang saku kepada kakak,” ujarnya.

Katanya, apa yang dilakukan kini adalah sentiasa mengingatkan anak-anaknya agar tidak membuka api untuk memasak atau membawa rakan memasuki rumah untuk bermain.

“Setakat ini tiada apa-apa kejadian buruk berlaku walaupun saya sentiasa risau setiap kali keluar bekerja.

“Sebelum keluar bekerja, saya akan masak makanan untuk mereka dan meninggalkan pesan kepada jiran untuk melihat ke­adaan anak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN