fbpx

Lembaga Kemajuan Ikan bangunkan tanah terbiar, perkasa projek akuakultur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD FAIZ Fadzil (dua dari kanan) melihat udang putih yang diternak di tapak projek ternakan udang dalam kolam fasa dua di Kampung Sebatu, Sungai Rambai, Melaka. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

JASIN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mengenal pasti kawasan tanah terbiar milik persatuan nelayan di seluruh negara untuk dibangunkan sebagai projek ternakan akuakultur.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, usaha itu bagi meningkatkan keupayaan akuakultur dalam membekalkan sumber protein, sekali gus menyokong program keterjaminan makanan pada masa depan.

Kata beliau, antara lokasi yang telah dikenal pasti dan sedang dinaik taraf ialah Bukit Malut dan Pantai Merdeka, Kedah; Badong, Pahang dan Juru, Pulau Pinang.

“Kita menyahut seruan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menetapkan sasaran hasil ikan daripada aktiviti akuakultur mencapai 60 peratus Tahap Sara Diri (SSL).

“Jadi kita akan menggerakkan semua aset yang ada termasuk kolam ternakan yang sebelum ini terbiar untuk segera diusahakan.

“Kita mahu pastikan persatuan nelayan di bawah LKIM mempunyai produk perikanan sendiri, oleh itu mana-mana persatuan nelayan negeri yang memiliki aset (tanah), kita akan pastikan mereka terlibat,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Program Jualan MyAqua’ Best di sini, hari ini.

Tambah Muhammad Faiz, LKIM memperuntukan kira-kira RM5 juta bagi tujuan tersebut dengan beberapa lagi lokasi telah dikenal pasti.

Menurutnya, projek itu turut melibatkan pembiayaan daripada pihak swasta dan persatuan nelayan di kawasan terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI