fbpx

Suhaili hilang jawatan Bersatu, digantung parti selama 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaili (kiri) digantung parti selama enam tahun bermula hari ini.

PETALING JAYA – Jawatankuasa Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) memutuskan untuk menggantung keahlian Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman selama tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan itu dibuat susulan Suhaili menzahirkan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebooknya pada 30 Oktober lalu.

“Jawatankuasa Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu bersidang pada hari ini, 7 November 2023, bagi meneliti laporan pelanggaran disiplin dan pelanggaran Perlembagaan oleh Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman (No. Ahli: 00100222), Ahli Parlimen Labuan merangkap Ketua Bahagian Labuan dan Wilayah Persekutuan.

“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga kenyataan media daripada beliau bertarikh 30 Oktober 2023, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Lembaga Disiplin sebulat suara menggunakan kuasa di bawah Fasal 22.5 (c) Perlembagaan Beraatu bagi menggantung keahlian Suhaili, berserta kesemua jawatan dalam parti yang dipegang beliau untuk tempoh enam tahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 7 November 2023,” katanya.

Terdahulu, pucuk pimpinan Bersatu membuat keputusan untuk menggantikan Suhaili dengan naib presiden parti itu, Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI