fbpx

Penduduk keluarkan duit sendiri baiki jalan raya rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menunggang motosikal di Jalan Daerah 12 yang rosak, Bandar Raya Ho Chi Minh baru-baru ini. - Foto VNExpress

BANDAR RAYA HO CHI MINH  – Sekumpulan penduduk terdiri lebih daripada 100 keluarga di Daerah 12,  Bandar Raya Ho Chi Minh mengumpulkan wang sendiri untuk membaiki sebatang jalan  daripada terus dilanda banjir selepas pihak berkuasa berhenti membaikinya, lapor portal berita VNExpress semalam.

Sejak musim hujan melanda selatan Vietnam April lalu, sepanjang 400 meter Jalan An Phu Dong 35  telah dinaiki air.  Jalan itu sepanjang kira-kira 4 kilometer.

Pengerusi persatuan penduduk setempat, Vo Thi Ngoc Lan berkata, jalan itu terus ditenggelami air kerana tidak mempunyai sistem perparitan. Katanya, kepadatan lalu lintas, ditambah dengan air bertakung menyebabkan kualiti jalan merosot dengan cepat.

Dia pernah  mencadangkan supaya Majlis Daerah 12 menggunakan bajetnya untuk menaik taraf jalan tersebut  tetapi ditolak oleh pihak pentadbiran dengan alasan kekurangan dana.

Namun, kesemua 114 keluarga yang terjejas  bersetuju untuk menyumbang wang mereka sendiri untuk menaik taraf jalan raya tersebut menyebabkan kerja-kerja pembaikan akhirnya disambung semula. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI