fbpx

Konflik Palestin-Israel: Penduduk Gaza ikat mayat bawa turun guna tali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Gaza menggunakan tali yang diikat pada mayat untuk dibawa turun dari tingkas atas bangunan.

PETALING JAYA – Lebih 10,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan ganas rejim Israel ke atas bumi Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Menerusi perkongsian video oleh wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq di Instagramnya hari ini, kelihatan beberapa penduduk Gaza membantu membawa turun mayat dari tingkat atas bangunan yang telah musnah dibom.

Menurutnya, mereka sudah kekurangan peralatan bagi mengangkat mayat namun terpaksa mengubah suai sendiri beberapa alat untuk dijadikan tapak membawa jenazah tersebut.

“Memandangkan kami kekurangan peralatan, inilah cara penduduk Gaza membawa turun saudara mereka untuk dikebumikan selepas dibunuh oleh pesawat penjajah Israel,” katanya.

Kongsinya lagi, Bandar Gaza kini tidak seperti dahulu kerana hampir kesemua bangunan telah musnah dan runtuh.

“Keadaan semakin teruk. Pada Ahad lalu sebuah rumah kediaman di Bandar Gaza telah dibom dan musnah. Inilah keadaan di Gaza ketika ini,” jelasnya.

Terdahulu, Hani meminta orang ramai terutama pengguna media sosial untuk terus berkongsi keadaan di bumi Gaza dan buktikan kepada dunia betapa kejamnya Israel.

“Dengan liputan berterusan daripada anda di media sosial, anda tidak menyebarkan perkara negatif, anda menyebarkan kebenaran. Anda bukan seorang yang berdiam kerana anda seorang manusia yang membantu menghentikan pembunuhan beramai-ramai.

“Jangan berhenti. Setiap suara anda mampu membuat perubahan kepada rakyat Palestin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI