fbpx

F1: Aksi Interlagos milik Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mencatat kemenangan ke-17 musim ini selepas muncul juara GP Brazil di Litar Interlagos awal pagi semalam. - AFP

SAO PAULO – Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen terus melakar sejarah tersendiri apabila memenangi perlumbaan ke-17 musim ini pada Grand Prix (GP) Brazil di Litar Interlagos awal pagi semalam.

Walaupun diberi tentangan sengit pelumba McLaren, Lando Norris sepanjang perlumbaan, namun juara dunia tiga kali itu berjaya menamatkan perlumbaan sebagai pemenang menerusi perbezaan 8.277 saat (s).

Mengiringi Verstappen dan Norris di podium adalah pelumba pasukan Aston Martin, Fernando Alonso yang menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengenepikan cabaran seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez.

“Satu perlumbaan yang cukup baik. Saya fikir pasukan melakukan tugas yang cukup baik bagi menyediakan jentera terbaik selain hentian pit yang berkesan untuk saya dapatkan kemenangan di sini.

“Saya ada dua permulaan yang baik dan ia sesuatu yang sangat penting. Kemudiannya, saya juga berjaya uruskan penggunaan tayar dengan cukup sepanjang perlumbaan hari ini (semalam),” kata Verstappen.

Sementara itu, Norris menyuarakan rasa puas hati dengan kejayaannya dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua meskipun dia mampu memberi tekanan kepada Verstappen pada awal saingan.

“Tidak ada lagi yang lebih baik mampu saya lakukan pada perlumbaan hari ini (semalam). Tempat kedua boleh dikatakan sudah cukup baik buat masa sekarang kerana Max (Verstappen) sentiasa ada jawapan dalam setiap perlumbaan,” ujarnya. – AGENSI

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI