fbpx

Syed Saddiq bebas atau sabit kesalahan Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penantian Syed Saddiq selama tujuh bulan bakal berakhir Kahmis ini.

KUALA LUMPUR – Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) akan diketahui Khamis ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Keputusan sama ada Syed Saddiq, 30, dibebaskan atau di­sabitkan atas pertuduhan diakhir kes pembelaan akan ditentukan oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid seterusnya menamatkan segala teka-teki yang ditunggu-tunggu sejak tujuh bulan lalu.

Dalam keputusan yang akan diputuskan nanti, mahkamah akan bergantung kepada kete­rangan empat saksi pembelaan termasuk Syed Saddiq serta penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan.

Selain Syed Saddiq, saksi-saksi lain terdiri bekas pegawai khasnya, Mohamed Amshar Aziz, bekas Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin dan bekas setiausaha peri­badinya, Siti Nurul Hidayah.

Pihak pembelaan menutup kes pada 14 Mac lalu, manakala pendakwaan pula menutup kes pada 27 September 2022 selepas 30 saksi selesai memberi kete­rangan pada perbicaraan yang bermula pada 21 Jun 2022.

Pada 10 April dan 11 April lalu, Hakim Azhar mendengar peng­hujahan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd. ‘Afif Ali serta peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq.

Antara hujah yang dibangkitkan oleh Wan Shaharuddin ialah Syed Saddiq tidak boleh menggunakan wang dalam akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) untuk menggantikan wangnya sendiri yang kononnya didahulukan untuk menjayakan kempen politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Akaun ABBE milik Rafiq Hakim Razali (saksi pendakwaan ke-13 (SP13) itu digunakan untuk dua program meraih dana melalui majlis makan malam di Ampang, Selangor dan Muar.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana Armada berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini di antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang ma­sing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI