fbpx

Remaja mengaku merompak menangis diperintah ke Henry Gurney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diperintah dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merompak di Mahkamah Sesyen George Town, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang remaja diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merompak seorang wanita warga asing di sebuah bistro di Lebuh Campbell, 28 Oktober lalu.

Perintah itu dikenakan terhadap Muhamad Imran Yahya, 19, selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Hakim kemudian memerintahkan Muhamad Imran dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka sehingga dia berumur 21 tahun.

Muhamad Imran yang memakai baju jersi berwarna biru kelihatan menangis selepas hakim memutuskan dia dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai tukang masak itu didakwa telah melakukan rompakan terhadap seorang wanita warga asing dengan mengambil satu unit telefon bimbit jenama Samsung; beg galas; cermin mata; serangkai kunci dan sekeping kad British Columbia Services.

Kesalahan itu dilakukan pada 28 Oktober lalu, kira-kira pukul 5.20 petang bertempat di sebuah bistro di Lebuh Campbell, di sini.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa sedang makan di bistro berkenaan dan tiba-tiba datang seorang lelaki iaitu tertuduh dengan menaiki motosikal berwarna oren dan tertuduh menarik beg galas mangsa.

Mangsa cuba mengejar tertuduh, namun gagal kerana tertuduh melarikan diri dengan menggunakan motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI