fbpx

Binaan baharu dekat Subang Parade punca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat di Subang Parade semalam.

SUBANG – Kejadian banjir kilat di sebuah pusat beli-belah Subang Parade di sini, semalam, disyaki berpunca daripada kegagalan sistem perparitan akibat kerja pembinaan berdekatan bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata hujan lebat selama 3 jam antara penyebab limpahan air memasuki ke dalam pusat beli-belah berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang.

“Akibat sistem perparitan di kawasan parkir bangunan yang tidak lancar menyebabkan berlaku banjir kilat paras buku lali di lokasi terbabit.

“Kejadian itu disyaki berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di belakang pusat beli-belah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, kejadian banjir itu tidak membabitkan sebarang kerosakan kenderaan dan semua kenderaan yang berada di tempat terjejas berjaya dialihkan.

“Namun, terdapat limpahan air yang memasuki perkarangan pusat beli-belah tersebut. Banjir beransur pulih pada lewat petang.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak berada di tempat rendah ketika cuaca tidak menentu pada musim Monsun Timur Laut ketika ini,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebuah pusat beli-belah Subang Parade di daerah ini antara yang terkesan dengan banjir kilat susulan hujan lebat berterusan.

Bukan sahaja di kawasan dalam pusat membeli-belah, malah kawasan tempat letak kereta turut dilihat dimasuki air.

Situasi tersebut dikongsikan beberapa pengguna media sosial di aplikasi X berhubung kejadian itu kira-kira bermula pukul 5.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI