fbpx

Suami maut, telekung isteri terbelit tayar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri yang terbabit kemalangan selepas telekung pembonceng termasuk di bahagian tayar belakang dalam kejadian di Jalan Juasseh Terusan Seberang, di sini, pukul 7 petang semalam.

KUALA PILAH – Seorang suami maut selepas motosikal yang mereka tunggang hilang kawalan setelah telekung isterinya terbelit pada tayar belakang di Jalan Juasseh Terusan Seberang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, ketika kejadian pada pukul 7 malam itu, pasangan tersebut dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal Yamaha 135 LC ditunggang lelaki berusia 64 tahun dan isterinya 60 tahun dalam perjalanan dari rumah  menghala ke Masjid Kariah Juasseh Seberang.

“Setibanya di lokasi telekung pembonceng memasuki tayar belakang menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terjatuh atas jalan.

“Pasangan itu dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan. Pada pukul 3. 53 pagi tadi, anggota Kaunter Aduan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dimaklumkan penunggang motosikal meninggal dunia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pembonceng motosikal cedera di muka selain patah beberapa batang gigi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI