fbpx

Budak panjat, tabur pasir atas Lamborghini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Su menghubungi polis apabila mendapati keretanya dipenuhi pasir. - KhaoSod

BEIJING – Seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa telah menyebabkan kerosakan pada sebuah kereta sport jenama Lamborghini, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang lelaki bernama Su dari wilayah Zhejiang, China meninggalkan keretanya di tempat letak kereta awam untuk menyelesaikan urusan peribadi.

Sebaik sahaja kembali, Su mendapati keretanya dipenuhi pasir. Dia memeriksa  sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kawasan sekitar dan mendapati seorang budak lelaki memanjat dan bermain di atas keretanya.

Su kemudian menghubungi polis dan budak lelaki itu akhirnya mengakui perbuatannya. Ibu kanak-kanak berkenaan berjanji akan menanggung kos pembaikan. 

Dia bernasib baik kerana walaupun pasir telah memasuki petak enjin, ia tidak menyebabkan kerosakan sebenar pada enjin Lamborghini berharga 8 juta yuan (RM5.19 juta) itu. 

Oleh kerana tiada kerosakan ketara, dia hanya meminta pasangan itu menanggung kos pembersihan sekitar 10,000 yuan (RM6,485). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI