fbpx

Najib dijangkiti Covid-19, dirawat di HKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dijangkiti Covid-19 Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan, pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan Najib Razak dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas beliau mengadu demam.

Setelah pemeriksaan dilakukan doktor pakar, beliau didapati positif Covid-19.

Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang akhbar di Parlimen, turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.

“Saya hanya boleh sahkan kemasukan beliau di hospital, tetapi apa yang berlaku, rawatan, penyakit dan sebagainya, saya tak boleh beritahu kerana confidential (sulit). Tak boleh didedahkan di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI