fbpx

LUAS elak pencemaran sungai akibat tumpahan minyak treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tumpahan minyak di sekitar lokasi kejadian di Kilometer 436.8 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Rawang semalam.

SHAH ALAM – Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menghalang pencemaran sungai daripada tumpahan minyak daripada sebuah treler yang terlibat kemalangan di Kilometer 436.8 Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Rawang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, LUAS bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pukul 5 petang bagi mengenal pasti risiko terhadap sumber air berhampiran.

Katanya, semakan kemudian mendapati berlaku tumpahan minyak enjin kenderaan di atas jalan sehingga memasuki sistem saliran berdekatan.

“Aliran bahan cemar itu berpotensi memasuki Sungai Serendah dan anak-anak sungai berdekatan lain antaranya Sungai Garing, Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

“Jarak lokasi tumpahan itu dengan empat loji rawatan air (LRA) utama Selangor termasuk LRA Rantau Panjang antara 19.1 hingga 23.8km,” katanya hari ini.

Jelas Jamaliah, langkah pencegahan awal dilakukan dengan meletakkan serbuk kayu di kawasan terlibat bagi mengekang insiden bertambah teruk.

Ini termasuk meletakkan 50 oil pad di dalam longkang lebuh raya itu bagi mengelakkan sisa minyak mengalir ke sungai berhampiran.

“Pemantauan mendapati kerja pembersihan diselesaikan oleh pihak PLUS sekitar pukul 1.45 pagi tadi.

“Pemerhatian di jalan dan longkang serta semakan di Sungai Serendah mendapati tiada kesan bahan pencemar seterusnya mengelak impak kepada operasi LRA utama negeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

CAPTION

Keadaan tumpahan minyak di sekitar lokasi kejadian di Kilometer 436.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Rawang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI