fbpx

Hazeman Huzir selar wanita ‘gedik’ ketika live Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Hazeman membincangkan konflik di Palestin bersama seorang penduduk Gaza.

PETALING JAYA – Pempengaruh dikenali, Hazeman Huzir menyelar golongan wanita yang dilihat ‘menggedik’ ketika siaran langsung bersama seorang rakyat Palestin di Instagram miliknya semalam.

Bekas pengacara Motif Viral itu meluahkan kekecewaannya apabila membaca komen-komen wanita ketika siaran berkenaan yang ternyata tidak sopan dan menghormati isu Palestin.

“Saya tengah berborak(bercerita) tentang isu serius, tetapi komen pula dibanjiri dengan komen seperti ‘hensemnya’”.

“Mereka yang komen bukan-bukan dalam siaran langsung ini kenapa? Rumah dia baru dibom. Tak sensitif langsung korang (semua orang) ini,” marah Haze.

Tambahnya, Haze menggelar sesetengah wanita yang ‘menggeletis’ di ruangan komen itu sebagai golongan yang tidak mempunyai akal budi (common sense).

“Punyalah ‘content-content’ aku sebelum ini memartabatkan golongan hawa dan suri rumah, macam ini ke rupa kaum yang aku pertahankan? Bukan seorang tetapi ramai… ramai.

“Tak malu ke seorang lelaki perlu ingatkan kaum wanita untuk turunkan pandangan?” katanya dalam ruangan kapsyen.

Haze juga menegur agar wanita-wanita di luar sana untuk bersikap lebih sopan santun.

“Malu tahu tak? Negara kita tunjuk perangai macam itu kepada orang luar negara?

“Untuk pengetahuan semua, saya terpaksa menyambung siaran langsung itu dengan perasaan malu kerana sebahagian masyarakat di Malaysia tidak berkelakuan seperti manusia biasa,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pengguna laman sosial turut merasakan yang sama dan bersetuju dengan tindakan Haze untuk menegur secara terbuka di laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI