fbpx

Seragam lama pengakap boleh pakai lagi tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) memaklumkan bahawa pakaian seragam sedia ada masih boleh diteruskan tanpa sebarang sekatan.

Perkara itu dimaklumkan PPM susulan kenyataan Naib Yang Di-Pertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Zamani Thamby Chik berhubung seragam baharu yang akan diperkenalkan pada Disember ini.

“Kenyataan tersebut merupakan makluman awal hasrat PPM untuk penjenamaan semula Pengakap Malaysia.

“Setelah sekian lama, pakaian seragam pengakap tidak pernah berubah, maka hasrat PPM adalah untuk menyegarkan semula jenama pengangkap selaras dengan peredaran semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, PPM berkata, pakaian seragam pengakap sedia ada masih boleh diteruskan tanpa sebarang sekatan atau perubahan.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan ia mengambil kira jangka masa untuk ahli pengangkap bersiap sedia,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan PPM akan memperkenal pakaian seragam baharu untuk digunakan 600,000 ahli mulai tahun depan.

Zamani berkata, seragam baharu itu bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI