fbpx

EPL: Derbi Manchester jadi milik Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Man. City, Erling Haaland (no. 9) meraikan jaringan pertama menerusi sepakan penalti sekaligus bantu pasukannya menang 3-0 ke atas Manchester United di Old Trafford, sebentar tadi. - AFP

MANCHESTER – Bintang Norway, Erling Haaland memilih Derbi Manchester sebagai pentas buatnya kembali masyhur apabila cipta dua gol untuk bantu Manchester City menang 3-0 ke atas Manchester United di Old Trafford, sebentar tadi.

Ketika Pep Guardiola melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utama Man. City berbanding pertemuan dengan Young Boys, Khamis lalu, rakan sejawatnya, Erik ten Hag pula bertindak sebaliknya apabila hanya buat tiga pertukaran.

Walaupun aksi lebih berpihak kepada pelawat dengan penguasaan 61 peratus permainan, babak pertama menyaksikan kedua-dua penjaga gol, Andre Onana (Man. United) dan Ederson (Man. City) bertindak cemerlang melakukan tindakan menyelamat setiap kali berdepan ancaman.

Bagaimanapun, minit ke-26 tuah seakan berpihak kepada Man. City yang memperoleh gol pembukaan selepas Haaland cukup tenang untuk menyempurnakan sepakan penalti.

Walaupun memiliki beberapa peluang terbaik, jaringan tunggal itu sudah memadai untuk membolehkan Man. City memasuki bilik persalinan dengan kelebihan satu gol.

Empat minit selepas aksi bersambung, Haaland terus menjadikan The Citizens makin selesa apabila meledak gol kedua perlawanan dan minit ke-71, penyerang itu berpeluang cipta hatrik namun Onana bertindak cemerlang untuk melakukan halangan.

Minit ke-80, Haaland terus menjadi nadi utama buat Man. City dan kali ini muncul pencetus kepada jaringan ketiga yang disempurnakan oleh Phil Foden. – KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI