fbpx

Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak retak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKSB menafikan satu rakaman video yang menunjukkan struktur jambatan retak.

SEBERANG PERAI – Syarikat Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) hari ini menafikan dakwaan sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini mengalami keretakan.

Ini susulan penularan satu rakaman video berdurasi 28 saat berhubung insiden itu di media sosial hari ini.

Jurucakap JKSB berkata, hasil siasatan mendapati, struktur JSAHMS dengan jambatan yang ditularkan dalam rakaman video itu adalah tidak sama.

Sehubungan itu katanya, jambatan berkenaan bukanlah JSAHMS seperti yang didakwa dalam rakaman video terbabit.

“Sehubungan itu, pihak JKSB meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menularkan video tersebut bagi mengelakkan timbul kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

“Dalam hal ini, JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, pengguna boleh menghubungi Hotline JKSB ditalian: 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau untuk sebarang mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI