fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara sehingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seluruh negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak dijangka mengalami cuaca buruk pada sebelah petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

“Johor antaranya di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Sabah di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” jelas MetMalaysia.

Keadaan tersebut dijangka akan berlarutan sehingga pukul 5 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI