fbpx

Sweden akan usir pembakar al-Quran, Salwan Momika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALWAN MOMIKA mengadakan protes di luar sebuah masjid di Stockholm pada 28 Jun lalu. – AFP

STOCKHOLM  – Kerajaan Sweden akan mengusir warganegara Iraq, Salwan Momika yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana membakar kitab suci al-Quran sejak beberapa bulan lalu, lapor laman berita AA kelmarin.

Jurucakap Pejabat Migrasi Sweden, Jesper Tengroth memberitahu stesen penyiaran temapatan, TV4 bahawa permit pemastautin dan pekerjaan Momika akan tamat pada 16 April 2024,

“Permitnya bagaimanapun tidak akan diperbaharui dan dia akan diusir.

“Kami membuat keputusan ini berdasarkan fakta dia membuat kenyataan palsu dalam permohonan permit tersebut,” kata Tengroth sambil menambah, lelaki itu juga dilarang untuk memasuki Sweden untuk tempoh lima tahun.

Menurut laporan, Momika membantah keputusan tersebut dan akan membawa kesnya ke mahkamah migrasi Sweden.

Momika membakar sebuah naskah al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Sweden pada 21 Jun lalu.

Lelaki itu menjadi tajuk utama akhbar-akhbar pada minggu berikutnya apabila dia membakar kitab suci umat Islam itu di luar sebuah masjid di Stockholm semasa umat Islam menyambut Aidiladha pada tahun ini.

Sweden bersama Denmark dan Belanda berdepan kecaman meluas kerana membenarkan perbuatan menghina kitab suci al-Quran di bawah perlindungan polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI