fbpx

Geng Jiva aktif pecah rumah, samun bersenjata tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menumpaskan kumpulan penjenayah yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan samun bersenjata dikenali Geng Jiva dengan tertangkapnya empat individu termasuk seorang wanita di sebuah rumah di Taman Syabas di sini Selasa lalu.

Keempat-empat suspek warga tempatan berusia 26 hingga 35 tahun itu diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Cawangan Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, tangkapan terhadap penjenayah dikehendaki itu membawa kepada rampasan barang kes termasuk pisau, motosikal dan telefon bimbit.

Katanya, semakan rekod jenayah lampau mendapati kesemua suspek memiliki rekod bersabit pelbagai kesalahan manakala tida daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua mereka kini ditahan reman untuk membantu siasatan kes samun berkumpulan dengan senjata di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, siasatan mendapati kumpulan tersebut aktif melakukan jenayah di sekitar bandar Ipoh terutama Taman Canning, Taman Ipoh Timur dan Bercham.

Katanya, dengan tertangkapnya kesemua suspek, pihaknya percaya sekurang-kurangnya 24 kes jenayah kekerasan dan 34 kes jenayah harta benda yang dilaporkan berjaya diselesaikan.

“Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI