fbpx

Pengantin gembira terima hantaran klinik gigi, mas kahwin RM30,050

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan menerima pelbagai hantaran mewah. – TikTok

JAKARTA – Sebuah acara pernikahan di Pati, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian netizen apabila pengantin perempuan menerima pelbagai hantaran mewah termasuk sebuah klinik gigi, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik oleh perancang perkahwinan, pengantin lelaki dilihat memberikan mas kahwin berjumlah 100 juta rupiah (RM30,050).

Turut diserahkan sebagai hantaran ialah pelbagai barangan perhiasan serta geran dan kunci rumah, rumah tumpangan dan klinik gigi.

“Masya Allah. Entah bila saya boleh menerima lamaran seperti ini. Hebat betul orang Pati,” demikian menurut keterangan hantaran tersebut.

Video majlis pernikahan yang berlangsung pada 21 Oktober lalu itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Gadis yang mempunyai pemikiran matang pasti akan memilih lelaki yang mempunyai kewangan kukuh berbanding yang tampan,” kata seorang netizen.

“Zaman sekarang ini muka tidak mampu menjamin apa-apa. Yang penting adalah mahu bekerja keras untuk masa depan yang cerah,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI