fbpx

Lelaki tetak kekasih gelap isteri guna sabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menetak kekasih gelap isterinya menggunakan sabit. – Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki di Pamekasan, wilayah Jawa Timur menetak teman lelaki isterinya menggunakan sabit selepas menangkap kedua-dua mereka berdua-duaan di dalam bilik, lapor portal berita Okezone hari ini.

Suspek yang hanya dikenali sebagai R, 38, bertindak demikian kerana berang apabila isterinya berlaku curang.

“Sejurus mendapati isterinya bersama mangsa di dalam bilik, suspek menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

“Mangsa pada awalnya sempat melarikan diri,” kata Ketua Polis Pamekasan, Asisten Komisioner Besar Polis Satria Permana.

Namun, suspek kemudian mengejar mangsa sehingga dia akhirnya menetak mangsa menggunakan sabit.

Ia mengenai bahagian punggung serta paha mangsa sebelum lelaki itu rebah dan berlumuran darah lalu meninggal dunia.

“Pelaku bertindak demikian kerana berang mengetahui isterinya dan mangsa berdua-duaan di dalam bilik,” kata Satria.

Suspek kemudian diberkas polis selain beberapa barang bukti turut dirampas seperti baju yang mempunyai darah mangsa serta sabit yang digunakan suspek. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI