fbpx

Lelaki temui iguana berendam dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Greenspan tidak pasti bagaimana reptilia itu boleh memasuki tandasnya. - Gary Greenspan / AMAZING ANIMALS+ / TMX

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki di selatan Florida terkejut apabila menemui seekor iguana di dalam mangkuk tandas di rumahnya, lapor saluran berita Fox News.

“Tiada apa yang lebih mengejutkan selain menemui seekor iguana di dalam mangkuk tandas selepas bangun pada waktu pagi,” kata Gary Greenspan sambil merakam reptilia itu ketika menunggu pasukan kawalan haiwan pada Sabtu lalu.

Greenspan menyatakan bahawa dia tidak pasti bagaimana iguana itu boleh berada di dalam mangkuk tandasnya.

“Saya tidak tahu sama ada ia mahu berendam atau melakukan perkara lain, yang pasti ia sangat besar,” katanya sambil ketawa.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa iguana boleh memanjat pokok dan bumbung, malah merangkak di dalam sistem perpaipan melalui lubang di atas bumbung rumah. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI