fbpx

Kelantan FC pindah jalani latihan di padang sewa lebih murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan masuk ke padang Jabatan Pertanian, Kota Bharu yang ditutup bagi menyekat kemasukan pasukan Kelantan FC daripada menjalani latihan.

KOTA BHARU – Kelantan FC akan menjalani latihan di padang yang menetapkan sewa yang lebih murah selepas disekat daripada memasuki padang Jabatan Pertanian di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid dalam satu kenyataan berkata, skuad The Red Warriors sudah berpindah ke padang baharu untuk sesi latihan pasukan itu.

“Assalamualaikum. Mengenai padang latihan Kelantan FC, kita telah berpindah ke padang baru yang mana kadar sewanya lebih rendah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Muzakkir bagaimanapun tidak mendedahkan padang yang bakal digunakan oleh Kelantan FC untuk sesi latihan selepas ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Kelantan FC menjadi kelab pertama di dunia dihalang oleh jabatan yang tiada kena mengena dengan sukan tersebut iaitu Jabatan Pertanian.

Berdasarkan hantaran di laman sosial Facebook peminat pasukan tersebut, laman latihan pasukan terbabit di padang Jabatan Pertanian telah dihalang penggunaannya.

Punca dihalang masih tidak diketahui, namun didakwa Jabatan Pertanian telah menutup dua kali jalan ke laluan padang tersebut.

“Dalam tempoh lima bulan, dua kali pihak Jabatan Pertanian blok laluan ke padang latihan.

“Patut la dah lama tiada sebarang hantaran berkenaan latihan pemain-pemain di laman sosial rasmi pasukan Kelantan FC,” jelas hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI