fbpx

Bot ditahan langgar syarat lesen, tak miliki dokumen sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM memeriksa dokumen berkaitan tiga nelayan warga asing yang ditahan di atas bot tersebut di Pulau Talang, Lumut semalam.

LUMUT – Sebuah bot nelayan kelas B beesama tiga kru warga asing termasuk tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kedudukan 4.6 batu nautika barat laut Pulau Talang di sini sekitar pukul 11 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan bot ronda APMM yang melakukan rondaan rutin bagi Op Pintas, Op Sayong dan Op Tiris di perairan Perak.

“Bot yang mencurigakan itu kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama dua orang kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 33 hingga 36 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tekong gagal mengemukakan dokuman pengenalan diri dan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran, beroperasi kurang daripada 5 batu nautika serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui.

“Kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Kampung Acheh dan diserah kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd. Hambali turut menegaskan bahawa komuniti maritim perlu sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil.

Katanya, orang ramai boleh melaporkan sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut dengan menghubungi APMM Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI