fbpx

MetMalaysia maklum hebahan bah tiga hari awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung permulaan Monsun Timur Laut (MTL) sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ia bermula.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr. Fariza Yunus berkata, MTL yang dijangka bermula pada minggu pertama atau kedua November ini sehingga Mac tahun depan.

“Seperti tahun sebelum ini, MetMalaysia akan keluarkan kenyataan media pemakluman permulaan MTL dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kejadian bermula.

“Justeru, orang ramai disarankan merujuk maklumat melalui MetMalaysia. Maklumat ini akan dipaparkan dari semasa ke semasa dan (dinasihatkan) sentiasa peka dengan keadaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temu bual secara langsung di sebuah rancangan berita hari ini berhubung MTL.

Sementara itu, Fariza berkata, MetMalaysia melaksanakan pelbagai cara bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai termasuk laman web, televisyen, radio selain platform media sosial serta aplikasi MyCuaca.

Malah, talian hotline MetMalaysia iaitu 1-300-22-1638 turut beroperasi 24 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI