fbpx

UMT perlu proaktif teroka Sains Antartika – Sultanah Nur Zahirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultanah Zahirah membaca titah perasmian majlis Konvokesyen UMT ke-21 di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menitahkan agar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus proaktif melakar kecemerlangan dalam bidang Sains Antartika.

Baginda yang juga Canselor UMT bertitah universiti tersebut telah dipilih sebagai hos penempatan Penyandang Kursi Sains Antartika Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM).

“UMT telah menerima peruntukan sebanyak RM500,000 sebagai Dana Pemula Aktiviti Kursi ini.

“Beta berharap ini akan menyemarakkan lagi kecemerlangan akademik dalam bidang Sains Antartika di UMT,” titah baginda pada majlis Konvokesyen Ke-21 UMT di sini hari ini.

Seramai 2,388 graduan yang terdiri daripada 196 graduan pasca siswazah iaitu 46 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan 150 graduan Sarjana diraikan dalam majlis konvokesyen tersebut.

Turut menerima skrol masing-masing ialah 2,081 graduan ijazah sarjana muda dan 111 graduan diploma.

Sultanah Zahirah bertitah agar UMT mampu memberikan impak yang membanggakan kepada penyelidikan Antartika Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Lima Bintang diterima UMT dalam Penarafan Malaysia Research Assessment (MyRA) baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI