fbpx

KPM mulakan Jelajah Pendidikan awal tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina beucap pada majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) di PICC hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memulakan Jelajah Pendidikan ke seluruh negara bermula tahun hadapan bagi mendapatkan input mengenai rancangan pembangunan kurikulum baharu 2027.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, antara elemen yang akan diteliti termasuk pendidikan karakter fleksibiliti dan pendigitilan.

Beliau berkata, jelajah itu juga merupakan sebahagian usaha pihaknya untuk merangka pelan pendidikan negara yang akan tamat pada tahun 2025.

“Jerayawara itu akan melibatkan pelbagai segmen komuniti yang merupakan pemegang taruh dalam pendidikan.

“Usaha ini penting bagi merangka agenda pendidikan masa depan negara,” katanya pada majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru KPM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Jelas beliau, input dan penyertaan pelbagai pihak dalam masyarakat dalam jelajah tersebut penting bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara pada masa hadapan.

Sebelum ini, Fadhlina berkata, KPM akan mencadangkan kerangka pendidikan menyeluruh dan pelan pendidikan baharu yang mengambil kira faktor global dan dasar dalam pembentukan karakter warganegara.

Pelan pembangunan pendidikan baharu itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan latihan, kompetensi guru dan kebolehpasaran individu dalam pekerjaan, dalam dan luar negara.

Ketika ini, KPM sedang menilai pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan memulakan perancangan serta libat urus dengan pemegang taruh dalam membangunkan Pelan Pendidikan baharu itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI