fbpx

EPL: Nunez tidak sempat cergas bantu Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ belum pasti dapat diturunkan pada aksi menentang Everton selepas berdepan kekejangan otot ketika menyertai skuad Uruguay menentang Brazil. - AFP

LIVERPOOL – Berita kurang baik buat peminat Liverpool apabila penggempur pasukan itu, Darwin Nunez dikatakan tidak sempat untuk cergas sepenuhnya menjelang derbi Merseyside menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam ini.

Bekas penyerang Benfica itu mengalami kejang otot ketika membantu pasukan negaranya, Uruguay mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brazil pada aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan Rabu lalu.

Bagaimanapun, Nunez menjelaskan ia bukanlah kecederaan serius, sebaliknya kejang otot biasa dan ada kemungkinan dia masih boleh diturunkan dalam kesebelasan utama bertemu Everton nanti.

“Secara jujur, setiap kali saya menyarung jersi negara, saya akan berikan 100 peratus bagi memastikan pasukan dapat mencatat kemenangan. Saya tidak boleh hanya mengharapkan pemain lain untuk menghantar bola kepada saya.

“Apabila keluar meninggalkan padang, semua orang boleh lihat hasil kerja keras saya sepanjang perlawanan. Saya gembira dapat bantu pasukan negara, tetapi saya mengalami kejang otot,” katanya.

Sekiranya Nunez tidak dapat diturunkan, tugas untuk mengetuai jentera serangan biasanya diserahkan kepada Cody Gakpo, namun pemain antarabangsa Belanda itu juga dilaporkan berdepan masalah kecergasan.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp pastinya perlu mencari ramuan terbaik sekiranya Nunez dan Gakpo tidak dapat diturunkan pada perlawanan tersebut memandangkan Everton juga sudah kembali menemui rentak kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI