fbpx

Agenda Bumiputera perlu diberikan wajah, semangat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf ketika sidang akhbar di Bangunan Dato Onn malam ini. Ihsan UMNO Online.

KUALA LUMPUR – Agenda Bumiputera perlu diberikan wajah dan semangat baharu dengan pelbagai perencanaan yang lebih strategik dan berkesan untuk memperkasakan lagi ekonomi Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Setiusaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, parti tersebut menyanjung tinggi komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan untuk menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera pada Januari 2024, sekaligus membuktikan keseriusan kerajaan untuk terus memperkasakan agenda ekonomi Melayu-Bumiputera.

“UMNO juga ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kepercayaan dan keyakinan memberikan amanah besar kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO untuk mempengerusikan Kongres Ekonomi Bumiputera ini.

“Sesungguhnya Kongres Ekonomi Bumiputera merupakan cetusan awal UMNO pada tahun 1965 yang bukan sahaja telah menggagaskan pelbagai strategi dan inisiatif penting menggerakkan agenda Melayu-Bumiputera.

“Bukan itu sahaja, kongres itu juga telah melahirkan pelbagai institusi bermakna buat orang Melayu-Bumiputera termasuk MARA, UDA, FELDA, RISDA dan FELCRA,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di sini malam ini.

Tambah beliau lagi, mesyuarat turut bersetuju untuk melantik Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan UMNO untuk menganjurkan Kolokium Pra-Kongres Ekonomi Bumiputera dengan menggembleng kepimpinan UMNO semua peringkat di seluruh negara.

“Segala dapatan, maklum balas dan sumbang saran yang diperolehi melalui kolokium ini akan diangkat kepada Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal dianjurkan kelak,” katanya.

Sementara itu mesyuarat hari ini juga juga bersetuju untuk melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selaku Pengarah Jentera Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI