fbpx

Polis cari pemandu Myvi pakai nombor pendaftaran palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular membabitkan kereta Perodua Myvi memandu secara merbahaya, baru-baru ini.

KAJANG – Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang tular memandu secara melulu selepas semakan mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya terkesan video tular kejadian berkenaan di Aplikasi X, semalam.

Kata beliau, kejadian tersebut memaparkan kereta jenis Perodua Myvi sedang dikejar oleh seorang penunggang motosikal sambil mengeluarkan kata-kata ‘makan tak bayar’.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sekitar pukul lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, di sebuah gerai makanan tepi jalan di kawasan Kampung Jambu, di sini, kelmarin.

“Tiada sebarang laporan polis diterima dari mana-mana pihak berkaitan kejadian sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Zaid memaklumkan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis yang berdekatan.

“Boleh juga menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Somasurehsan Munusamy di talian 016-4915193 di daerah Kajang bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi memandu secara melulu dikejar penunggang motosikal sambil mengatakan ‘makan tak bayar’.

Video bedurasi 58 saat itu dimuat nakik pengguna di aplikasi X @nanmanjoi8715. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI