fbpx

Cuaca buruk di empat negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di empat negeri pagi ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawang MetMalaysia, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di negeri Perak dan kawasan pedalaman Johor.

Tambah MetMalaysia, di Sabah antara kawasan yang terjejas adalah sekitar pedalaman negeri itu termasuk Tawau, Sandakan serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Keadaan sama juga diramal melanda Sarawak, iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri,” katanya dalam hantaran yang sama.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI