fbpx

Suspek pecah patung kuil positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki telah ditangkap polis kerana memecahkan patung kuil di Matang, Taiping semalam.

TAIPING – Suspek kes pecah patung di dalam Kuil Sri Mangala Nayagi Amman di Matang di sini hari ini didapati positif ganja (THC) selepas menjalani saringan air kencing.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek berkenaan ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan kira-kira pukul 9.01 pagi hari ini.

“Berdasarkan laporan yang diterima, saksi melihat seorang suspek lelaki bertindak agresif dengan memecahkan patung kuil tersebut dalam keadaan memakai seluar dalam tanpa baju dan seluar.

“Suspek juga menolak mangsa yang cuba untuk menenangkannya ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dilakukan, pihak polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun serta merampasi dua tukul besi dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif THC. Pihak polis turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Taiping untuk melengkapkan siasatan,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Azizi berkata, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut kerana dibimbangi mendatangkan kegusaran terhadap orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI