fbpx

Pesawah terkejut benih padi RM50 sekampit di pasaran gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAH - GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR – Kalangan pesawah di negeri ini merungut berikutan sukar mendapatkan benih padi sah pada harga berpatutan ketika jadual penanaman padi di sesetengah kawasan sepatutnya bermula hujung bulan lalu.

Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain berkata, rata-rata pesawah ‘pening’ setelah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang menjadi lokasi mendapatkan benih pada har­ga berpatutan juga tidak memiliki bekalan se­perti diharapkan.

Katanya, kebanyakan PPK memaklumkan bahawa kilang-kilang yang dibenarkan membekal benih padi memberi alasan kononnya benih padi yang disediakan untuk penanaman musim ini masih belum diluluskan Jabatan Pertanian.

“Namun yang menghairankan, benih-benih itu ada pula dijual di ‘pasaran gelap’. Har­ganya cukup mahal iaitu lebih RM50 sekampit berbanding harga RM35 di pintu kilang se­perti ditetapkan kerajaan.

“Langkah ini sudah tentu memberi tekanan kepada pesa­wah, apatah lagi kalau mengikut jadual dikeluarkan MADA, me­reka sepatutnya me­lak­sanakan kerja-kerja menabur benih hujung bulan lalu,” kata­nya ketika dihubungi semalam.

Ujarnya, pihak yang menjualnya pula dilihat bertindak secara licik apabila mereka tidak mengeluarkan sebarang resit bagi proses pembelian.

“Kita minta pihak Bahagian Ka­wal Selia Padi dan Beras atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya mengambil tindakan. Kita tak mahu pesawah diper­mainkan dengan cara begini,” katanya.

Sementara itu, Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata, apa yang berlaku menunjukkan seolah-olah kilang yang mengedar benih padi itu lebih utamakan pihak tertentu yang menjadi rangkaian mereka, sebelum menghantar bekalan ke PPK.

“Saya dimaklumkan ada petani yang duduk di Kota Kuala Muda terpaksa ‘mencari-cari’ benih di sebelah Kedah utara. Itu pun mereka terpaksa beli dengan harga mahal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI