fbpx

LKIM labuh unjam di 10 lokasi perairan Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz (kanan) membunyikan hon sebagai simbolik pelabuhan unjam di perairan Kuala Terengganu hari ini

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil inisiatif membesarkan kawasan unjam di perairan Pantai Timur bagi menjamin kelestarian sumber ikan negara.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, berkata, projek melibatkan kos RM 2 juta tersebut membabitkan pelepasan unjam di 10 lokasi di tiga negeri terlibat iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.

“Projek pembesaran unjam ini dilaksanakan di 10 lokasi iaitu empat di perairan Pahang manakala masing-masing tiga di perairan Kelantan dan Terengganu.

“Sebanyak 16 unit unjam marinovasi terdiri daripada gabungan 432 unit modul unjam berjaya dilabuhkan di lokasi unjam bendera pada kedalaman 24.38 meter,”katanya selepas merasmikan program melabuhkan unjam di perairan Kuala Terengganu di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata, pelepasan unjam tersebut bagi menambah kepadatan dan kepelbagaian hidupan marin serta memulihara kawasan pembiakan ikan di perairan terlibat.

Tambah beliau, inisiatif itu juga dapat mewujudkan lebih banyak habitat baru di kawasan unjam marinovasi.

“Lebih 6,000 nelayan pantai di Terengganu dijangka bakal menerima manfaat seterusnya menambah hasil pendapatan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI